aku, dia dan kenangan..1

''assalamu'alaikum...saya rossa dari unit kerjaya, nk buat aduan tentang kerosakan komputer saya la...owh.. kak rossa, saya Ijan ni.. hehehe.. nanti saya maklumkan untuk tindakan ye... terima kasih ye ijan..sama2 kak''

perbualan tamat. dengan rasa lega, gagang telefon diletakkan. Alhamdulillah, settle satu tugas...

hurm , komputer  rosak.. ape nk buat ni? pagi2 dah buat hal pula komputer ni. 

aku bingkas bangun, terus ke kaunter mengadap staf2 yang sentiasa setia di kaunter pelanggan... mungkin ade sesuatu yang boleh dibantu..

sampai di kaunter, ada wajah2 yang memandangku dengan senyuman yang penuh ikhlas...

pak abbas, dah lanjut usianya..enam puluh lebih umurnya,staf yang paling aku sayang.  tidak pernah membantah dengan segala arahan yang di berikan, tidak pernah memberi alasan. sentiasa ceria dan suka berseloroh menyembunyikan segala suka duka di sebalik wajahnya yang cengkung dan  kedut seribu itu. keluarga yang susah, terpaksa menjaga isteri yang sakit dan menanggung anak yang ramai. 
setiap kali memandangnya, ade sinar kasih hadir di hatiku, mengingatkan aku pada abah yang jauh di semenanjung.. hrmm.. rindu abah dan mak... rasa nk terbang terus ke kampung bila terkenang2 kan mereka.

Jeff, muda lagi orangnya. ada anak seorang. tengah  bersemangat bekerja. pantas dan ligat orangnya. bijak i.t dia ni. cuma agak endah dan tak endah dengan pelanggan yang datang. mungkin tidak diberi khusus khas cara2 melayan pelanggan dengan baik. akan ku usahakan utk mereka nanti.

kak saadah, comel orgnya, lembut dan pemurah dengan senyuman. org yang setia berada di kaunter. pendiam, tp sekali marah.. mau tercabut meja kaunter tu... hahaha. 

Marzuki, gagah orang nya.. 'orang sukan' gelarannya.. kreatif, sopan, dan selalu melemparkan senyuman dengan lesung pipit di pipi kanannya. kerja bagus cuma disiplin kurang sikit. selalu kantoi tak puasa di bulan ramadhan. Alasannya tak tahan, ade gastrik. hai.. macam- macam la manusia ni kan. dah dewasa, dah tau hukum. nak buat dengan tak nak buat je. semua dah akil baligh.. paham2 sendiri dah la kan.

Hrm, ape2 pon perangai mereka ni.. aku mmg sangat sayang dengan mereka. kami dah macam keluarga. Bagi aku mereka ibarat Ayah, kakak dan abang2 ku sendiri. perlu dihormati dan disayangi.


Agak sibuk juga pagi ni di kaunter pelanggan dengan kehadiran segerombolan pelajar dari pelbagai Fakulti. datang dengan masalah masing- masing yang perlu diselesaikan.

sambil melayan pelanggan, tiba2 terdengar suara Faizal, rakan sekerja yang baru mula bertugas sama sepejabat dgnku tak sampai sebulan memanggil.. ''cik rossa.. ni ade org cari''. ''ye Jai, sebentar!''sahut ku sabil segera membantu pelanggan di hadapan ku. 
selesai urusan, aku terus bergegas ke bilik. sebelum sampai di pintu bilik, kelihatan 2 orang lelaki berdiri di depan pintu bilikku. seorang berkaca mata memang sangat ku kenali... x lekang dengan senyuman.. sape lagi bukan Zaidi yang comel dan seorang lg...tinggi lampai, segak orangnya. berpakaian kemas,berkemeja putih, seluar kelabu dan bertali leher belang biru silver, putih mulus kulitnya, berjanggut ciput, berkumis tipis, wajah agak  serius.. sape ye.. macam pernah tgk je bisik hatiku...

sebelum sempat aku mendapat jawapan, dia terus memperkenalkan diri sekali gus menjawab teka teki yang berada di dalam benakku.. owh, betullah.. dia ketua Unit ICT. En Zul. Ish, ape hal pula dia yang dtg nk jumpe aku ni?.

Dia bertanya tentang masalah komputer aku dan terus masuk ke dalam bilik. aku membiarkan sahaja. 
Biar betul setakat nak betulkan komputer sebiji, bos yang turun tolong betulkan? timbul persoalan dalam hatiku. iskh, tak payah fikir la rossa oii.. janji ade yang datang baiki. hahaha.. macam2 la aku ni..
sambil menunggu, aku ambil kesempatan bertanya khabar n bersembang dengan Zaidi. 

tak sampai 10 minit dia keluar dari bilik dan maklumkan dah selesai. Tanpa menoleh, dia  terus mengajak zaidi menurutnya tanpa sebarang senyuman.

Zaidi sempat mengucapkan ''babai'' kepadaku dan terus  menurutinya.

Pergh!.. serius betul org ICT ni... stress sangat kot. takpe la rossa.. ape2 pon komputer kau dah dibaiki.. yeay..dah boleh buat kerje..

Dengan penuh gembira, aku pon menerjah isi kandungan dlm komputer yang baru di baiki td. test tu test ni. Tak tergambar cerianya bila komputer dah laju dan fail2 masih ade didalamnya. hehehe. lps ni nak settlekan kertas kerja naik taraf bagunan Serapi la. tp nk try main games jap.. wat ilang stress menunggu komputer siap td..eh, aku stress ke? hehehe.












Comments

Popular Posts